Istikarah Cinta
Showing posts with label PESANAN. Show all posts
Showing posts with label PESANAN. Show all posts
Friday, March 16, 2012
Wednesday, August 24, 2011
Masjid Wilayah Persekutuan, KL
Salam all...dah lama duk KL, ni la 1st time p masjid wilayah kt jalan duta ni.. =) 1st impression sgt besar & indah.. dkt ngn kompleks kerajaan jalan duta & kompleks mahkamah.. sgt luas, so pasni rasa nk g lg..insyaALLAH
so kt bawah ni de sedikit gambar yg di snap petang td =)
so kt bawah ni de sedikit gambar yg di snap petang td =)
dari dalam ruang solat
Pintu masuk utama
Salah 1 menara masjid
Mesti ramai yang dah pernah pi sana kn? =) ..apa2 pun selamat menjalani ibadah puasa yg tinggal beberapa hari saja lagi..sungguh cepat masa berlalu..
Salam
Saturday, August 20, 2011
10 malam terakhir
Salam all...dh 2 hari x update..malam ni terupdate plak =)
alhamdulillah kita dah masuk fasa ke3 dalam bulan ramadhan. byk kelebihan di dalam bulan ini. Antara kelebihannya ialah turunnya Al-Quran pada atau nuzul quran..byk pndapat yang menyatakan bila turunnya Al-Quran ini. ada yang pendapat mngatakan 17 ramadhan dan ada pula 24 ramadhan. walau apapun kita mestilah sentiasa menghayati sepanjang ramdhan ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran..keinsafan bila mana kita menahan lapar dan dahaga serta menahan dari perkara yang boleh membatalkan puasa serta bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus beribadat dan diberi segala nikmat yang kita tak jangka berapa byk dan bila ia datang...sebagai hamba Allah, kita mestila sentiasa bersyukur setiap masa
Lailatulqadar
malam lailatulqadar seperti firman Allah :
Ertinya:''Sesungguhnya.Kami telah menurunkannaya pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulanPada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan meraka mengatur segala urusan.Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.'' (Surah al-Qadar:1-5)
Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasul SAW`bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan."
Dengan itu marilah sama2 kita memperbnyakkan amalan yang baik dengan berqiyam, membaca alquran dan berzikir semoga sentiasa diberkatiNYA, InsyaALLAH ...
bila dah nak dekat raya ni (10 malam terakhir ni) ..saf2 tarawikh kat masjid pun dah kurang..maklum lelaki n perempuan 2-2 dah kurang..mne g ek?solat kat rumah kot =) ..yang perempuan pulak buat kuih raya ke? ..gurau je..tp renung2 kan..selamat beramal..
salam =)
Tuesday, August 2, 2011
Nikmat
(gambar snap kat tempat parking masa lunch hour, bukan p kluar lunch tau! hehe)
Salam...good afternoon..have a nice day all..
selalu time nak balik krja ikut jalan ni, selalu gak tersemrempak ngan seorang akak ni..akak ni golongn istimewa, cacat penglihatan, pernah le bertegur sapa..dia cakap dah 10 tahun kerja kt sebuah company area sini jugak. sangat kuat semngat akak ni..walaupun buta, dia boleh je dtg krja jauh2, naik train then berjalan ke sini..jaraknye x jauh sgt tp untuk org mcm akak ni..emm...dia buat semua ni untuk mencari rezeki yang halal.. so kita wajib bersyukur atas nikmat yg kita ada, sempurna pancaindera...bersyukur atas segala pemberianNYA..insyaALLAH...renung2 kan =)
Salam =)
Monday, August 1, 2011
Salam ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua..semoga ramdhan ini memberi seribu keberkatan pada kita..bersama menghayati keindahannya..insyaALLAH =)
Wednesday, July 27, 2011
Berusaha dan berjaya..disulami ujian
Gambar lama masa panjat bukit Broga
Salam semua..just nak share kan sebuah dalil berkenaan ujian..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
renung2 kan..selamat beramal ..salam =)
Subscribe to:
Posts (Atom)




