Monday, August 25, 2008

RAMADHAN YANG DI NANTI


salam....selamat menyambut kedatangan RAMADHAN Al-MUBARAK dari faizulkhairi.blogspot.com.....semoga ramadhan ini membawa seinfiniti keberkatan & menambahkan lagi ketakwaan kepada ALLAH s.w.t....insyaALLAH....

MASISWA 2008

KARNIVAL SUKAN IPTS ZON TENGAH 2008

Assalamualaikum.....sy br je blik dr bangi UniKL Malaysian France Institute(MFI)...kisahnya begini...sy ingt leh la rht weekend ni...so dlm schedule mmg ksg le...juz d penuhi ngn mse nk studi(coz nxtweek de test/quiz/final) hheheh....tp ari sbtu ttbe dpt col...mse tu br bgn tdo...emm..mcm knal no tu...angktla...rupenye kak imah(staf HEMs)...die sruh sgt dtg MFI coz mntk tlg wat montaj...mla2 mnolak tp kak imah mc hrp sgt...so sy pn stuju...so decide la...mla2 deal nk g ari sbtu...then postpone lak ari ahd...montaj ni utk mjlis pnutup....so d fikirkan blik...sy g kul 3 ngn dak2 zapin...smpai lbh kurg kul 4...pntla gak...kul 8 mlm bnd2 ni sume sy dh kna ready ngn semua tugas sy(mula2 kna wat montaj...pastu dpt col lg kna wat slide flash utk lgu KERANAMU MALAYSIA,JALUR GEMILANG...emm...bertambahla lg keje..) tp xpela...trime je...mmg pnat le..tp alhamdulillah berjaye gak siapkan kul 2000+-....nsb le de Najwa tlg sy...thank a lot...i aprrcte it...heheh....ttbe dtg lg sorg pegawai point sy mntk bce doa...sy mcm nk menolak...tp die ckp dh xde org...emm..sy trime gak...(ssh nk tolak permintaan org)...sy pn smbil wat montaj tu sy pk le doa yg nk d bce...sy tls le ckit doa tu...ttbe rs mcm x smpt nk g mse bce doa tu...so mntk tlg jnior sorg ni bce kn..alhamdulillah...de gak yg nk mmbntu...emm..thank gak kpd 2-3 org yg sudi tlg cr lirik utk sy(lagu KERANMU MALAYSIA n JALUR GEMILANG)...thank sgt...nk tls kt cni x ingt nme..hehe...so kul 2100 sy pn dh ready utk slide montaj n etc....alhamdulillah....then mkn n kul 2230 departure to KL...

Friday, August 22, 2008

realSAGE.....


salam maya kepada semua teman seperjuangan....nextweek de test n final exam...so smbil2 study tu luangkan mse ckit wat design2...emm...jap lg smbung study....
ni subject nextweek...:-
  1. ARTIFICIAL INTELLIGENCE - PBB41303
  2. PNEUMATIC AND HYDRAULICS - PPB15102
  3. CAD CAM TECHNOLOGY - PDB41104 (FINAL EXAM) - Solidworks

so, doakan kejayaan sy ye....syukran jazilan.....

Thursday, August 21, 2008

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum....Wahai Saudaraku....

BERJIMAT cermat atau bersederhana dalam segala hal adalah tuntutan agama. Islam menegah umatnya berbelanja atau makan keterlaluan. Sikap berbelanja dengan berlebihan dianggap membazir.
BERJIMAT cermat atau bersederhana dalam segala hal adalah tuntutan agama. Islam menegah umatnya berbelanja atau makan keterlaluan.

Sikap berbelanja dengan berlebihan dianggap membazir.

Allah amat melarang sikap ini hingga menganggap orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27)

Berhubung pembaziran ini juga, Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab Etika Hadis, No. 5518).

Oleh itu, sepanjang Ramadan yang mulia ini, umat Islam hendaklah memperbanyakkan ibadat dan sedekah.

Ramadan bukan bulan untuk berbelanja besar. Sifat itu sama sekali tidak memberi manfaat kepada umat Islam.

Perkara yang amat mendukacitakan apabila tibanya Ramadan, terutama ketika menjelang berbuka puasa, ada umat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’.

Semua umat Islam perlu fahami bahawa Ramadan bukanlah bulan pesta makanan bagi mereka. Ia adalah bulan untuk kita tingkatkan ibadat kepada Allah.

Sikap seseorang yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.

Hal ini seolah-olah kita tidak mementingkan kesucian Ramadan, tetapi lebih menggambarkan nilai komersial Ramadan. Jika ditinjau di pasar Ramadan, sikap suka membeli sudah menjadi trend kepada segelintir umat Islam.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma Islam mengajar kita supaya berbelanja secara sederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa.

Perlu diingatkan bahawa konsep 'hidup untuk makan' itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Kaedah makan yang dianjurkan oleh Islam adalah bermotifkan mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

Justeru, diajar supaya makan secara berpada-pada iaitu tidak membiarkan diri terlalu lapar dan tidak pula makan hingga terlalu kenyang.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Makanlah apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.” Inilah cara makan yang dianjurkan oleh Islam.

Manusia mempunyai selera tersendiri. Kadang kala apabila mereka berlapar sejak terbit fajar hingga terbenam matahari, maka keinginan selera nafsu mereka mahu mempelbagaikan juadah berbuka puasa.

Oleh kerana ada segelintir umat Islam yang kurang memberi penghayatan terhadap Ramadan, keadaan ini menyebabkan mereka lalai hingga melampaui batas berbelanja yang dianjurkan oleh agama. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, mereka membelinya lagi di bazar Ramadan.

Kita seharusnya memperbetulkan tabiat masyarakat Islam ketika membeli supaya mencapai umat yang bertakwa. Di samping itu, masyarakat Islam perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak kita hingga mencapai tahap takwa kepada Allah.

Bagi mencapai sifat takwa kita hendaklah benar-benar memahami bahawa puasa itu sebagai ibadat. Dalam pada itu, kita juga perlu bersikap sederhana. Selain mempertingkatkan amal ibadat, antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan, yang boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Sesungguhnya kualiti manusia bertakwa yang dihasilkan melalui ibadat puasa yang berjaya tidak mungkin menyamai kualiti takwa yang dicapai menerusi kaedah dan program pendidikan yang lain.

Puasa yang berjaya itu dapat melahirkan manusia yang berdisiplin, berdedikasi, berjiwa, berminda bersih dan berdaya tahan.

Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.

Makan dan membeli berlebih-lebihan itu tidak memenuhi keistimewaan bulan yang mulia ini, malah ia hanya membawa kepada pembaziran.

Sebagai contoh, at-Tirmizi dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Nabi berbuka sebelum sembahyang Maghrib dengan beberapa biji kurma basah (rutab). Sekiranya tiada kurma basah, maka Baginda berbuka dengan kurma kering (tamar). Sekiranya tidak ada juga kurma kering, maka baginda hanya meminum beberapa teguk air.

Makan hanya pada kadar sederhana dan bukan bermotifkan untuk kenyang supaya tidak menjejaskan kesihatan kita. Sahabat mengkhabarkan bahawa Rasulullah tidak pernah makan hingga kenyang.

Tuesday, August 19, 2008

Malam Simfoni Kesyukuran



Bersama memeriahkan Malam Simfoni Kesyukuran @ UIA......

Saturday, August 16, 2008

Tag Committee

UniKL Convo 2008


Majlis Konvokesyen UniKL ke-5
Pesta Konvo UniKL ke-2



salam...arini bermulanya majlis konvo unikl @ Putrajaya International Convention Centre.... semua graduan dari setiap kampus akan menerima diploma n ijazah masing2....tahniah diucapkan kepada semua....

Wednesday, August 13, 2008

Di kala malam yg hening...


emm...kul 8.30 de quiz INNOVATION MANAGEMENT....semoga dpt mnjwb ngan baikkk...
insyaALLAH...

Tuesday, August 12, 2008

Friday, August 8, 2008



dengarkanlah sayup berkumandang...suara Dainurii....ingin kami bawakan...persahabatan dan ketenangan...



salam...sori ye dairunii members...design x lwa sgt...nnt wat ln ye...

Wednesday, August 6, 2008

INSOFT -> DAINURII




Dainurii.........bersama kita imarahkan industri nasyid

Tuesday, August 5, 2008

Erti sebuah pengorbanan...



assalamualaikum...salam syaaban...bersua kembali di arena maya...emm..

Dalam Kehidupan ini kita perlu byk bekorban utk mendapatkan apa yg kita inginkan...begitulah yg sy cuba smpaikan dlm design sy yg x sbrapa ni....b'korban dlm erti kata melepaskan apa yg kita suka...begitu juga dgn kejayaan...kita perlu byk bkorban utk berjaya...

di sini...marilah kita bersama menilai sejauh mana pengorbanan kita utk kita mencapai matlamat kita sebagai seorg insan.....

Sunday, August 3, 2008

Fadhilat Bulan Syaaban...

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunatSebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

salam syaaban...

Bulan Syaaban.....


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Berjayalah bagi orang yang berusaha....


Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

keindahan.....

rancang dengan apa yag ada di tangan...bkn yg kta angankn...kita membina cita dan harapan...bkn mmpi dan igauan...

emm...ni gmbr mse g msjid ubudiah kat kuala kangsar...suke ngn tmpt ni...pemandangan dari cni...masyaALLAH...sngguh indah....begitulah indahnya alam ciptaan ALLAH MAHA PENCIPTA

Saturday, August 2, 2008

salam....ni gmbr mse g gathering saujana @ KLCC....1st time join...hehe

assalamualaikum....


kawan....bertahun kita bersama...bagai semalam baru bersua...kawan..di hadapan oh indahnya...kita bersama berkelana...

perjalanan ini kita selusuri...dengan jiwa yang yg bersih...dgn hati murni...agungkan kebesaranNYA..dengan kuasaNYA kita ada di dunia ini...

mari kita bersama selusuri jln d dunia ini dgn jiwa yg kental.....semoga sentiasa dirahmati ALLAH Maha Pengasih Lagi Bijaksana