Dari aku setitis air mani yang bernama nutfah,
Dari aku segumpal darah yang bernama khalakah,
Dari aku segumpal daging yang bernama mudghah,
Dikumpulkan ciptaan kami dalam rahim ibu,
Kemudian diutuskan malaikat kepadamu,
Lalu ditiupkan roh ke jasadmu,
Wahai malaikat, tulis, tulis, tulis......,
Apakah hujung hayatnya mati husnul khatimah,
Apakah hujung hayatnya mati suul khatimah,
Sesungguhnya syurga itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang baik,
Sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang jahat,
"Tuhanku, aku bukanlah layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula kuat menannggung siksa nerakaMu,
Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunikanlah dosa-dosaku,
Bahawasanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa yang besar,"
Kemudian, lahirlah bayi ini,
Kemudian, lahirlah makhluk ini,
Kemudian, lahirlah hamba Allah ini,
Kemudian, lahirlah khalifah Allah di muka bumi ini,
Kemudian, lahirlah aku makhluk Allah yang bernama manusia!!!,
Tangisan bayi di bawah kelopak keheningan sujud,
Kenapa engkau menangis anak?,
Demikian tiap manusia dilahirkan,
Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk,
Demikian hari pertama manusia lahir bersama tangisan,
Demikian manusia kembali kepada Allah bersama TANGISAN

No comments:
Post a Comment