Saturday, August 20, 2011
10 malam terakhir
Salam all...dh 2 hari x update..malam ni terupdate plak =)
alhamdulillah kita dah masuk fasa ke3 dalam bulan ramadhan. byk kelebihan di dalam bulan ini. Antara kelebihannya ialah turunnya Al-Quran pada atau nuzul quran..byk pndapat yang menyatakan bila turunnya Al-Quran ini. ada yang pendapat mngatakan 17 ramadhan dan ada pula 24 ramadhan. walau apapun kita mestilah sentiasa menghayati sepanjang ramdhan ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran..keinsafan bila mana kita menahan lapar dan dahaga serta menahan dari perkara yang boleh membatalkan puasa serta bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus beribadat dan diberi segala nikmat yang kita tak jangka berapa byk dan bila ia datang...sebagai hamba Allah, kita mestila sentiasa bersyukur setiap masa
Lailatulqadar
malam lailatulqadar seperti firman Allah :
Ertinya:''Sesungguhnya.Kami telah menurunkannaya pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulanPada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan meraka mengatur segala urusan.Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.'' (Surah al-Qadar:1-5)
Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasul SAW`bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan."
Dengan itu marilah sama2 kita memperbnyakkan amalan yang baik dengan berqiyam, membaca alquran dan berzikir semoga sentiasa diberkatiNYA, InsyaALLAH ...
bila dah nak dekat raya ni (10 malam terakhir ni) ..saf2 tarawikh kat masjid pun dah kurang..maklum lelaki n perempuan 2-2 dah kurang..mne g ek?solat kat rumah kot =) ..yang perempuan pulak buat kuih raya ke? ..gurau je..tp renung2 kan..selamat beramal..
salam =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hayati penuh makna 10 malam terakhir...ermmm:)
moga semuanya diberkati olehNYA:)
:) nice bro..banyakkan
zikrullah pun bagus jugak...
pelangi, insyaALLAH
Anon, insyaAllah sama2 =)
Post a Comment